eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Aliff Syukri batal jual facemask kalis air “Henti cari salah saya lagi…”

Sebelum ini kecoh kembali nama usahawan Aliff Syukri sekali lagi dikecam, gara-gara menjual facemask yang dikatakan kalis air, namun tetap juga bocor setelah dicurah dengan air ke dalamnya.

Berikutan daripada kecaman yang bertalu-talu diterimanya, usahawan tersebut telah memuat naik satu video di IG miliknya untuk menjelaskan isu berkenaan.

Dihina sedangkan satu facemask pun belum jual

Menerusi entrinya, usahawan itu tidak menyangka sama sekali bahawa facemask yang dipromosikan itu akan bocor selepas dicurahkan air.

Tambahnya, facemask yang berharga RM25 itu hanyalah pre-order, namun selepas isu ini usahawan tersebut memutuskan tidak akan menjual facemask itu sama sekali kepada orang ramai dan memohon maaf di atas apa yang telah berlaku.

“Saya ingin tekankan kepada anda semua bahawa mask tersebut saya tidak jual langsung kepada orang sama sekali…”
.



Sumber: Aliff Syukri