eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Jangan Salahkan Ebit Lew & Zakat ,Jangan Cetuskan Fitnah Isu Keluarga Daif

Sejak sebuah keluarga daif di Alor Setar yang viral selepas dibantu oleh Ustaz Ebit Lew. Mereka bukan saja menetap di kediaman yang tak terurus, bahkan terlalu kotor sebelum dipindahkan ke rumah sewa baru. Disebabkan itu, ramai pihak mempersoal apakah tindakan pihak berwajib selama ini.



Pak cik ni asalnya tak nak pindah…Tapi Allah hantar Ustaz untuk pujuk ke rumah baru

Namun begitu, kebenaran sebalik isu tersebut akhirnya telah dibongkarkan satu per satu apabila kesemua pihak memberikan respon masing-masing.Menurut Muhammad Hassan, warga emas berkenaan sebenarnya telah memperoleh bantuan setiap bulan. Sebaliknya, dia sendiri yang tidak mahu berpindah selain memberikan 1,001 alasan apabila dipelawa sebelum ini. Justeru, keprihatinan Ustaz Ebit Lew ini perlu disyukuri kerana beliau berjaya memujuk keluarga berkenaan untuk menetap di rumah yang lebih selesa.



Jadi fitnah bila ada tentera bawang mengapi-apikan isu ni..

Mengulas lanjut tentang isu yang hangat diperkatakan di media sosial, Hassan berpendapat ia berpunca daripada sikap tak bertanggungjawab netizen sendiri. Tuduhan melulu yang dibuat telah menyalakan api fitnah sekali gus membawa imej buruk kepada pihak terlibat. Malah Ustaz Ebit Lew juga tak wajar dipersalahkan kerana penceramah ini memang sering menghulurkan bantuan kepada golongan tak berkemampuan sejak dulu lagi.


Jika tak mampu bantu diamlah lebih baik…daripada mencetuskan fitnah

Justeru, dia berharap agar semua masyarakat khususnya yang beragama Islam agar bersangka baik daripada melemparkan fitnah yang tidak berasas. Seandainya tidak mampu untuk buat sumbangan sekali pun, lelaki ini berharap agar netizen dapat mengelakkan diri daripada menghukum sebarang pihak tanpa usul periksa.