Sepasangan suami isteri dari daerah Sheopur, Madhya Pradesh telah menamakan anak mereka yang baru lahir ‘Lockdown’ untuk meraikan jasa semua pihak yang bertungkus lumus untuk memerangi wabak Covid-19 seperti yang di sarankan oleh Perdana Menteri India, Narendra Modi.
Bayi lelaki tersebut dilahirkan di sebuah hospital di daerah tersebut pada 6 April lalu. Pasangan ini berusia 24 tahun yang menetap di perkampungan Bachheri di daerah berkenaan.
Pasti ramai yang bertanya tentang keunikan nama bayi tersebut, situasi perintah kawalan di negara tersebut menimbulkan keresahan dalam kalangan orang ramai yang berlangsung selama tiga minggu .
Kata pasangan suami isteri yang juga merupakan petani di daerah tersebut, mereka menamakan anak mereka, Lockdown untuk memperingati kejadian tersebut buat selama-lamanya.
“Isteri saya melahirkan anak lelaki pada hari Isnin lalu. Apabila ingin mendaftar nama pada sijil kelahiran, saya dan isteri membuat keputusan untuk meletak nama bayi ini ‘Lockdown’,” jelas lelaki ini.
Perdana Menteri menetapkan 21 hari tempoh berkurung untuk melindungi penduduk di negara tersebut daripada wabak Koronavirus.
Menurut pasangan ini lagi, seluruh negara bersatu dalam menangani krisis ini dan jadikan anak mereka sebagai satu peristiwa untuk diingati sepanjang hayat.