eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Cara Semak Duit BPN Masuk Dalam Akaun Atau Tidak

Semak Duit masuk Bantuan Prihatin Nasional (BPN) cara mudah tanpa perlu ke bank.

Untuk sesiapa yang tidak memiliki Online Banking atau tiada akaun bank yang berdaftar dengan BSH/BPN, anda hanya perlu semak di laman web https://bpn.hasil.gov.my untuk mengetahui status bayaran telah berjaya dikredit ke dalam akaun bank anda ataupun belum.


Tidak perlu keluar rumah, bila status dah BERJAYA KREDIT barulah anda pergi ke mana-mana mesin ATM untuk pengeluaran tunai. Tapi jika anda belum daftar, sila buat pendaftaran BPN Hasil terlebih dahulu.

Cuba buat semakan berpandukan langkah-langkah di bawah.

Langkah 1


  1. Sila ke laman bpn.hasil.gov.my.
  2. Masukkan No IC anda.
  3. Lengkapkan CAPTCHA yang diminta
  4. Klik SEMAK
Langkah 2


  1. Paparan Semakan Status berada di skrin anda
  2. Maklumat lengkap anda seperti nama, no my kad, status permohonan dan jumlah keseluruhan BPN akan dipaparkan.
  3. Klik bahagian Maklumat Pembayaran
Langkah 3


  1. Setelah anda klik bahagian Maklumat Pembayaran, maklumat lengkap pembayaran akan ditunjukkan.
  2. Sama ada pembayaran BPN anda berjaya kredit atau tidak
  3. Ditunjukkan juga Nama Bank beserta No Akaun pembayaran tunai BPN anda.
  4. Sila ke Bank dan buat pengeluaran sekiranya anda memerlukan.
Contoh di atas merupakan status permohonan yang BERJAYA KREDIT dan ianya merupakan contoh semakan pembayaran Kategori Bujang dan juga terpakai untuk semakan yang BERKELUARGA.

Jika semakan anda tiada seperti di dalam gambar yang ditunjukkan di atas berkemungkinan besar pembayaran anda belum lagi masuk atau sistem masih belum dikemaskini.

Apa pun pastikan anda bersabar menunggu pembayaran BPN ini.

Selamat mencuba