eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Arab Saudi Umum Tiada Solat Tarawih Di Seluruh Masjid Untuk Ramadan Kali Ini

Kementerian Hal Ehwal Islam Arab Saudi mengumumkan bahawa tidak akan ada sebarang solat terawih yang akan dilakukan di semua masjidnya pada bulan Ramadan bagi tahun ini.

Sebaliknya, kerajaan menyarankan agar rakyatnya menunaikan solat terawih itu di rumah sahaja.

“Kami memohon kepada Allah SWT supaya menerima solat tarawih yang dilakukan tidak kira sama ada di masjid atau di rumah, dimana kami fikir ianya adalah untuk kebaikan bersama.”

“Kami pinta kepada Allah SWT agar menerima doa dari kita semua dan melindungi umat manusia daripada wabak yang sedang menimpa dunia,” ujar Menteri Hal Ehwal Islam Arab Saudi, Dr Abdul Latif Al Sheikh.

Sejak daripada minggu lalu, Arab Saudi telah melaksanakan perintah berkurung di seluruh negaranya. Ianya dibuat susulan daripada peningkatan kes positif Covid-19 yang sehingga kini telah mencatatkan sebanyak 5,369 kes dan 73 kematian secara keseluruhan.

Sumber: Gulf News