eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Ayda Jebat Dan Remy Ishak Bergandingan Dalam Drama ‘ Bukan Gadis Biasa’

Bukan Gadis Biasa adalah sebuah drama adaptasi dari novel yang juga dari tajuk yang sama. Bakal memulakan siarannya bermula 23 April 2020 di slot Akasia setiap Isnin hingga Sabtu jam 7 malam di TV3.

Drama Bukan Gadis Biasa ini dibintangi oleh ramai pelakon berbakat seperti Ayda Jebat, Remy Ishak, Nazim Othman, Maskhan, Lia Natalia, Sheila Rusly, Ozlynn dan ramai lagi. Selain itu pengarah drama ini adalah Azman Hj Yahya dan Bukan Gadis Biasa berkisarkan mengenai kehidupan seorang gadis ‘pengkid’ yang bernama Johana.



Menerusi perkongsian Ayda Jebat di Instagram miliknya, dia memuatnaik poster drama ini dengan kapsyen berbunyi berikut:

“Its Akasia. Start 23 April 2020. Monday to Saturday, 7 malam. Cara nak ubah pengkid yang trauma ke jalan yang benar? Selamat menonton. Bukan Gadis Biasa Untuk Lelaki Luar Biasa.”

Berdasarkan poster Bukan Gadis Biasa ini, kelihatan Ayda Jebat bergandingan sama Remy Ishak berlakon dalam  drama ini. Wow, gandingan dua pelakon yang jarang berlaku berlakon bersama!