eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Eropah Kes Covid-19 Kini Cecah Lebih 1 Juta

Menurut Pusat Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Eropah, bilangan kes terkini Covid-19 di Eropah telah mencecah melebihi 1 juta, lapor Abc News.

Pengesan koronavirus di Universiti Johns Hopkins berkata bahawa Sepanyol mendahului benua tersebut dengan 198, 674 kes diikuti oleh Itali dengan 178,972 kes, Perancis dengan 152,894 kes, Jerman dengan 145,742 kes dan United Kingdom dengan 120, 067 kes.

Angka kematian di benua tersebut pula adalah sebanyak 101, 836 kes dengan kematian tertinggi dicatatkan di Itali iaitu sebanyak 23, 660.

Setakat ini, kes Covid-19 di seluruh dunia pula mencatatkan sebanyak 2, 406, 823 kes dengan 165,054 kematian.