“Bakal menimang cahayamata kami yang pertama…”- Fattah Amin kongsi berita Fazura hamil - Keli Merah -->
Setelah dua tahun mengikat tali pernikahan, pasangan selebriti terkenal, Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin baru-baru ini berkongsi berita gembira untuk para peminat mereka. Fazura, 36 kini disahkan hamil empat bulan.

Berita gembira itu telah dikongsikan di laman Instagram Fazura sebentar tadi.

Setelah melayari perkahwinan kami selama dua tahun, saya dan suami @fattahaminz ingin berkongsi berita yang amat mengembirakan. InsyaAllah dengan izin Allah SWT kami bakal menimang cahayamata kami yang pertama.

Kandungan saya kini dalam bulan keempat, alhamdulillah. Kami sentiasa yakin akan peraturan Allah dan sesungguhnya ini merupakan waktu yang paling tepat bagi kami dikurniakan zuriat yang amat membahagiakan ini. Tiada yang lebih diutamakan dalam hidup kami sekarang melainkan yang tersayang.

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dan memberikan ucap selamat kepada kami selama ini. Kami amat mensyukuri setiap detik dalam fasa ini dan hari-hari indah yang akan datang. InsyaAllah. Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi dari hati kami berdua. @fattzuralovelife

Nur Fazura dan Fattah telah melangsungkan perkahwinan mereka dalam satu majlis tertutup pada 27 November 2017 yang lalu.

SUMBER:FAZURA

“Bakal menimang cahayamata kami yang pertama…”- Fattah Amin kongsi berita Fazura hamil

Load Comments

Notifications

Disqus Logo