Keberadaan dan nasib tiga orang wartawan yang cuba untuk memberitahu kepada dunia mengenai keadaan sebenar wabak koronavirus di Wuhan sebelum ini masih tidak diketahui dan hilang daripada ‘pandangan’ umum sejak dua bulan yang lalu, lapor Daily Mail
Menurut portal tersebut, Chen Qiushi, Fang Bing dan Li Zehua dikatakan berusaha untuk mendedahkan mengenai wabak Covid-19 yang berskala besar di Wuhan itu dengan memuatnaik video di Youtube dan Twitter namun keduanya disekat di China.
Tambahnya, kesemua kiriman mereka mendedahkan sisi suram Wuhan yang tidak dipaparkan oleh media China yang dikendalikan oleh kerajaan.
Chen Qiushi tidak dapat dikesan sejak 6 Februari yang lalu. Dia dikatakan sampai di Wuhan sebelum bandar itu dikenakan perintah berkurung dengan harapan untuk mendedahkan kebenaran mengenai epidemik pada ketika itu.
Kehilangannya didedahkan di akaun Twitter miliknya yang diuruskan oleh seorang rakannya. Ibunya juga telah memuatnaik satu video untuk menyerunya kembali pulang dengan selamat.
Fang Bin pula yang merupakan penduduk Wuhan hilang sejak 9 Februari lalu selepas mendedahkan beberapa siri video termasuk satu rakaman yang menunjukkan timbunan mayat dimuatkan ke dalam bas.
Wujud dakwaan yang mengatakan bahawa dia ditangkap sebelum menghilang. Video terakhirnya menunjukkan pegawai yang memakai baju hazmat mengetuk pintunya untuk mengukur suhu badannya.
Sementara itu, Li Zehua yang merupakan wartawan termuda di antara mereka dan terkenal dikatakan menghilang sejak 26 Februari.
Sumber: Daily Mail