eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Bawa Isteri Dan Anak Tinggal Dalam Hutan Kerana Takut Dijangkiti Covid-19



Pada 6 April, polis Sverdlovsk menerima panggilan telefon daripada seorang wanita di kampung Krasnogvardeisky yang mendakwa bahawa abangnya telah mengambil isteri dan tiga anak mereka yang lain berumur empat, lapan dan sepuluh tahun untuk masuk ke dalam hutan kerana bimbang akan wabak Coronavirus yang semakin menular.

Keluarga tersebut telah meninggalkan kampung dan tidak dapat dihubungi sejak itu.  Adik kepada lelaki berkenaan mula khuatir akan keselamatan mereka, terutamanya anak-anak yang masih kecil.

Selepas hal tersebut dimaklumkan pihak polis, aktiviti pencarian bermula dan mendapati mereka sekeluarga mendiami hutan tinggal berbumbungkan langit luas.

Apabila ditanya apa yang mereka lakukan di dalam hutan dengan tiga orang anak kecil, ketua keluarga berusia 33 tahun itu memberitahu polis bahawa mereka telah melarikan diri dari rumah untuk mengelak daripada dijangkiti wabak Coronavirus dan mengasingkan diri mereka di dalam hutan jauh dari penduduk adalah idea yang baik.

“Ketua keluarga tersebut mengatakan bahawa mereka masuk ke dalam hutan, untuk menyelamatkan diri mereka dari wabak Covid-19,” kata akhbar Kementerian Dalam Negeri.

“Mereka hanya membawa beberapa keperluan asas, telefon bimbit, dan merancang untuk kembali pulang ke kampung bagi mengambil barang keperluan. Keluarga itu berada di dalam hutan hanya sehari. Difahamkan, anak-anaknya hanya tidur di atas dahan pokok dengan dan hanya makan makanan yang mereka bawa. ”

Keluarga itu dibawa pulang ke Krasnogvardeisky, 150 kilometer di utara-timur Yekaterinburg, di mana doktor tempatan memeriksa anak-anak dan mendapati mereka berada dalam keadaan kesihatan yang sangat baik. 

Ibu bapa tersebut telah didakwa di bawah Kod Kesalahan Pentadbiran kerana tidak melindungi hak dan kepentingan kanak-kanak di bawah umur,” ujar siaran akhbar.

Pasangan itu dikenakan denda antara 100 rubel ($ 1.3) dan 500 rubel ($ 7).

Sumber: : Odditycentral