Brazil Lancar Pelan Darurat COVID-19, Sedia Lebih Banyak Kawasan Perkuburan - Keli Merah
Datuk Bandar Sao Paulo pada  Khamis melancarkan pelan darurat untuk mewujudkan ribuan lagi tapak perkuburan berikutan dijangka lebih banyak kematian akan dicatatkan di bandar itu disebabkan wabak COVID-19, lapor agensi berita Xinhua.

“Kami tidak boleh alami situasi sama seperti yang terjadi di Guayaquil, di Ecuador atau New York di Amerika Syarikat,” kata  Bruno Covas merujuk kepada kekurangan tempat menyimpan mayat.

Sasaran untuk menggali 13,000 kubur dan memperluas keupayaan operasi perkhidmatan pengebumian, katanya.

Sao Paulo, menjadi pusat penularan wabak, mencatatkan hampir 1,000 kematian dalam sebulan.

“Kemampuan hospital hanya 70 peratus, sebab itu kita mesti  bersiap sedia untuk menghadapi tempoh pandemik yang terburuk di bandar kita,” kata Covas.

Jumlah kakitangan di tanah perkuburan juga dipertingkatkan daripada seramai 240 orang sehari sehingga 400 orang selain membeli 15,000 lagi beg untuk mengisi mayat.

Sumber: BERNAMA

Brazil Lancar Pelan Darurat COVID-19, Sedia Lebih Banyak Kawasan Perkuburan

Load Comments

Notifications

Disqus Logo