eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Budak 9 Tahun Nekad Sumbang Duit Tabung Lepas Dengar Hospital Perlukan Sumbangan PPE

Seorang kanak-kanak di Indonesia, Moch Hafidh, 9 tahun ‘menggadaikan’ wang simpanannya demi membantu barisan hadapan yang bertungkus-lumus memerangi Covid-19.

Melalui posting Dayeuhkolot News di Instagram, Hafidh dikatakan meminta ibunya untuk dibawa ke balai polis berhampiran bagi menyampaikan sumbangan itu.

Dia kemudian dibawa ke Balai Polis Bandung dan bertemu dengan Ketua Polis Dayeuhkolot, Kompol Sudrajat.

Menurutnya, tabung biskut berisi duit syiling itu diberikan sebagai bantuan membeli PPE.

Kisahnya bermula apabila Hafidh menyedari kepentingan itu buat barisan hadapan di negaranya sejak diserang wabak Covid-19.  Dia sering mendengar pengumuman di televisyen menyatakan hospital-hospital kini kekurangan sumber PPE.

Tersentuh dengan perkara itu, Hafidh tekad memberikan kesemua wang simpanan yang disimpan sejak 9 bulan lalu.
“Pelbagai berita mengenai pandemik ini dan kesukaran para pegawai kesihatan untuk mendapatkan PPE ini. Hafidh sempat bertanyakan kepada saya fungsi PPE dan saya menjelaskan kepadanya.  Menurut saya, pada saat ini PPE sangat diperlukan oleh pegawai kesihatan dalam menangani mangsa Covid-19,” kata ibu Hafidh.
“Hafidh berhasrat ingin membantu membeli APD yang diperlukan bagi pihak kesihatan. Hafidh telah menyimpan selama 9 bulan yang awalnya duit tersebut dikumpulkan untuk membantu majlis pernikahan kakak Hafidh.”

Hafidh ketika ditemui berkata, “Saya hanya memberikan wang sehari Rp.2000 (0.50sen) untuk makanan ringannya, saya berharap agar wabak koronavirus yang menimpa Indonesia  segera berakhir supaya sekolah boleh bermula dan bermain kembali bersama teman-teman.”





A post shared by POLSEK DAYEUHKOLOT (@polsekdayeuhkolot1) on

Sumber: Polsekdayeuhkolot1