eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Dr Noor Hisham & saintis Malaysia diberi penghargaan Badan Penyelidikan Dunia

Sebelum ini, Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah telah dinamakan sebagai antara tiga doktor terbaik dunia dalam menangani pendemik Covid-19 oleh media TV China.

Diiktiraf antarabangsa

Kali ini, giliran satu badan penyelidik dunia yang dikenali sebagai Drug for Neglected Diseases Initiative (DNDi) pula menzahirkan penghargaan buat beliau.

Dalam pada itu, DNDi turut mengucapkan terima kasih kepada KP Kesihatan atas sumbangan terhadap penyeldikan Covid-19 di Malaysia.




Semoga pengalaman Malaysia jadi panduan dunia

Susulan daripda itu pihak tersebut berharap agar kajian dan pengalaman menangani Covid-19 di Malaysia dapat membantu dunia mengalahkan pendemik ini.

Untuk makluman, DNDi merupakan satu organisasi bukan keuntungan yang menjalankan kajian untuk membangunkan rawatan baru bagi penyakit terabai.

Terima kasih atas segala jasa

Pengiktirafan yang dikeluarkan oleh pihak DNDi ini pastinya membuatkan rakyat Malaysia bangga kerana mempunyai seorang ketua  pengarah kesihatan yang bagus serta barisan petugas kesihatan yang sememangnya cekap menangani pendemik ini.