eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Indonesia Catat 327 Kes Kematian Covid-19, Paling Tinggi Di Asia Tenggara

Indonesia terus mencatatkan pertambahan jumlah kematian akibat wabak Covid-19 apabila kes keseluruhan meningkat kepada 327. Ini menjadikan Indonesia negara di benua Asia Tenggara yang merekodkan kematian tertinggi setakat ini.

Menerusi kemaskini di laman web rasmi Covid-19 Indonesia, sebanyak 21 lagi kematian berlaku pada Sabtu (11 April 2020) setakat 12 tengah hari.

Manakala, keseluruhan kes positif jangkitan meningkat kepada 3,842 kes dengan pertambahan 330 kes baharu dilaporkan.

Jakarta mencatatkan kematian tertinggi iaitu 159 kes diikuti Jawa Barat (40 kes) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

Sumber: covid19.go.id