eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Indonesia Kes COVID-19 Mencatatkan 8,607 Kes, 720 Kematian

Kes positif COVID-19 di Indonesia mencatatkan peningkatan kepada 8,607 kes dengan jumlah kematian 720 kes sehingga kini.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto berkata, 31 lagi kes kematian berlaku dalam tempoh 24 jam yang lepas.

“Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, sebanyak 396 lagi tambahan kes positif baharu,” katanya.

Menurut Achmad Yurianto, 19,084 pesakit masih berada dalam pengawasan COVID-19.

Provinsi Jakarta mencatatkan kes kematian tertinggi iaitu 346 kes, diikuti Jawa Barat (77 kes), Jawa Timur (75), Jawa Tengah (54) dan selebihnya di wilayah lain di Indonesia.

Sumber: BERNAMA