eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Isteri Kuat Berleter, Suami Ubah Jentolak Kepada Jakuzi

Dave Eastwood menghabiskan dua tahun terakhir membina rumah baru untuk dirinya dan pasangannya, Helen Kettleborough di West Yorkshire, England.

Ketika rumah mereka dalam proses pembinaan, pasangan itu terpaksa tinggal di dalam garaj, yang bermakna Helen hanya boleh mandi menggunakan bilik shower.

Wanita berusia 60 tahun itu mengeluh rindu untuk bersantai di tab mandi dan telah banyak kali meluahkan keinginannya itu kepada suaminya Dave setiap kali dia mempunyai peluang untuk mengungkit tentang hal itu.




Bosan mendengar leteran isterinya, Dave memutuskan untuk menyelesaikan masalah itu sendiri dan membina jakuzi sementara untuk ‘menutup mulut’ isterinya.

Menggunakan penggali jentolak yang berkarat lelaki berusia 63 tahun itu mengubah jentera pembinaan yang dia gunakan untuk membina rumahnya itu menjadi spa harian sementara untuk Helen semasa musim kuarantin.

Dia mengisi bekas penggali itu dengan air dan gel mandi, dan kerana jentera itu tidak mempunyai sambungan elektrik untuk menghasilkan buih, Dave menggunakan gerudi tangan dengan alat pelekat untuk membenarkan udara masuk ke dalam takungan air itu.

Setelah air menjadi panas, Helen naik ke dalam jakuzi buatan sendiri itu menggunakan tangga dan menikmati segelas wain sambil berendam, saat yang telah lama ditunggu-tunggu.

Walaupun bukan jakuzi sebenar, Helen berkata dia sangat menikmati persantaian yang cukup indah dan memberi ketenangan itu. Ternyata usaha Dave tidak sia-sia.

Sumber: Mirror