eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Karipap Sebesar Saiz Anak,19 Jam Baru Habis Makan

Setiap ibu bapa mempunyai pelbagai cara untuk menyambut kelahiran bayi mereka. Bagi seorang bapa di England, dia mempunyai cara yang unik iaitu dengan membuat karipap gergasi yang sesuai dengan berat dan ukuran bayinya.

Menurut laporan Metro Uk, Tim Fuge, mengambil keputusan untuk membuat pastri itu selepas melihat posting di laman media sosial yang memperlihatkan seorang bapa menggunakan pastri untuk menggambarkan ukuran anaknya.

Dia mengambil masa selama dua jam untuk menyiapkan karipap seberat 2.8 kilogram itu dengan berintikan daging, bawang dan kentang.

Menurutnya, bahagian yang paling sukar adalah untuk mencari dulang yang cukup besar bagi memasak karipap itu dan akhirnya mendapati bahawa rak pemanggang adalah ukuran yang sempurna.

Dia dan anak-anaknya yang lain mengambil masa selama 19 jam untuk menghabiskan karipap itu.

Sumber: Metro Uk