eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Rintihan Lelaki Tua “Saya Lapar,” Minta Makanan Undang Sebak Ramai

Kebanyakan negara di dunia pada ketika ini sedang menjalani perintah berkurung dan perintah kawalan pergerakan.

Disebabkan itu juga, ada sesetengah orang yang sangat terkesan dengan keadaan ini dan terpaksa mendapatkan bantuan bagi meneruskan kehidupan seharian.

Menerusi laman Twitter, tular satu video yang memperlihatkan seorang lelaki tua mengadu kelaparan.

Video yang dimuatnaik oleh warganet itu didakwa berlaku di Timika, Papua Barat dan lelaki tua itu adalah orang asli.

Rintihannya itu menyentuh hati warganet yang rata-ratanya berharap agar bantuan yang segera diberikan kepada lelaki itu. 



Sumber: Twitter