eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

“Kepada Mereka Yang ‘Mengambil’ Saya Nasihatkan Supaya Fikir Tentang Orang Lain” – Dr. Noor Hisham

Sedang barisan ‘frontliner’ bertungkus-lumus berusaha membanteras wabak covid-19 ini, masih ada lagi segelintir individu tidak bertanggungjawab mengambil hak orang lain demi kepentingan diri sendiri.

Sebelum ini kecoh apabila ada beberapa pihak secara tidak wajar mengambil botol sanitizer milik hospital dan memuat naik gambar menerusi sosial media mereka sekaligus mengundang kecaman netizen.

Mungkin nampak remeh, namun hal ini tidak harus dilakukan dalam keadaan dan situasi yang getir ini.

Menyedari insiden ini berlaku, Ketua Pengarah Kementeri Kesihatan Malaysia, Dr. Noor Hisham menitip pesan susulan beberapa laporan kehilangan penutup mulut dan hidung serta hand sanitizer di fasiliti kesihatan KKM.

“Kepada mereka yang ‘mengambil’ hand sanitizer atau topeng muka dan hidung (mask) di fasiliti kesihatan KKM, saya menasihatkan mereka supaya memikirkan juga tentang orang lain.

“Topeng muka dan hidung di fasiliti KKM adalah untuk kegunaan anggota barisan hadapan kami yang terdedah risiko jangkitan COVID-19”

Sumber:KKM