eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Kereta Mewah Rosak Teruk, Mujur Isteri Masih Selamat

Kisah isteri ini yang tular selepas membuat ‘kejutan’ buat suami dengan kereta mewah miliknya.

‘Kejutan’ tersebut dikongsi sendiri si suami yang dikenali sebagai Syukor Majid di laman Facebook. Katanya, dia seakan terkejut tatkala mendapat berita mengenai kejadian yang menimpa isteri dan kereta kesayangannya itu. Mujurlah isteri tidak mengalami apa-apa kecederaan selain sempat lagi berseloroh mengenai spec kereta tersebut.



Dah lah kereta kesayangan.. wanita memang macam tu

Mengulas kejadian sama di Facebook, rakan baiknya iaitu Fadhli Salleh berkongsi serba sedikit perbualannya bersama Syukor. Sempat menyatakan harga sebuah kereta tersebut mencecah lebih jutaan ringgit, dia sendiri akui bahawa wanita mempunyai ‘sikap’ mereka sendiri ketika memandu kenderaan. Katanya lagi, kereta yang terbabas itu merupakan harta kesayangan Syukor, namun dia redha jika hendak dibandingkan dengan nyawa isterinya.





Dah lah pemurah, setia pula tu..

Malah ketika ditanya mengenai reaksi suami itu, dia mengandaikan bahawa isteri boleh dicari ganti namun ia tidak akan sama seperti yang sedia ada. Fadhli juga menyifatkan kasih sayang dan kesetiaan suami isteri itu sangat kuat meskipun mereka hidup dalam keadaan yang serba mewah.