Hazim Halim, yang tidak dapat menyambut hari lahir bapanya dek kerana bapanya menjadi salah seorang petugas barisan hadapan.
Menerusi kiriman di laman Twitter, Hazim memuatnaik perbualan keluarganya di aplikasi WhatsApp yang sayu kerana tidak dapat menyambut hari lahir bapanya pada hari ini. Bapanya yang merupakan seorang anggota polis menghantar pesanan suara yang menyentuh hati apabila dia menangis kerana rindukan anak-anaknya.
Tak pernah aku dengar ayah aku menangis
Tak pernah aku dengar ayah aku menangis. Tak pernah dia tunjuk depan anak anak. Ini pertama kali ayah aku menangis sebab rindu anak anak dia. Takdapat celebrate hari jadi sekali. 😗 Bangjim #StayAtHome (@hazimhalimmmm) April 17, 2020
Dia frontliner polis. Doakan abah aku kuat dan dipermudahkan urusan dia harini hari jadi dia. 🥰 pic.twitter.com/QstPM8oPsV
Warganet juga rata-ratanya sebak mendengar tangisan itu. Mereka juga mengucapkan selamat hari lahir serta mendoakan kesihatan yang baik buat petugas barisan hadapan itu.
Sumber: Hazimhalimmmm