eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

'Kita lawan di mahkamah' Amin Idris tak gentar tuntutan saman 1 juta Ustaz Abu Syafiq


Masih hangat diperkatakan mengenai Ustaz Abu Syafiq, kali ini berseteru pula dengan penceramah bebas dan personaliti TV, Amin Idris, sehingga membawa kepada kes mahkamah.

Ia berikutan isu status di Facebook Ustaz Abu Syafiq yang didakwa mengeluarkan kenyataan negatif terhadap Ustaz Ebit Lew, sebelum akaun Facebooknya dinyahaktif kerana dikatakan telah digodam.

Tiba2 ancam nak saman?

Lantaran itu, Amin Idris yang kurang senang dengan status Ustaz Abu Syafiq, telah menulis hantaran di Facebook menegur ucapan pendakwah tersebut, sehingga meraih perhatian netizen.

Bagaimana pun, dimaklumkan wakil peguam Ustaz Abu Syafiq, telah menghantar surat mahkamah menuntut RM1 juta ringgit, berserta permohonan maaf.


Koyak betul rupanya

Tidak gentar dengan tuntuan saman tersebut, Amin Idris menerusi Facebooknya menyatakan dia tekad untuk membawa kes ini ke mahkamah.

Kita lawan di mahkamah

Terkini, Amin Idris, setelah berbincang dengan peguamnya, tiada permohonan maaf akan dibuat dan dia tekad untuk berlawan dengan pendakwah tersebut mengikut prosedur undang-undang.


Sumber : Amin Idris