eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Majlis Secara Online, Ayda Jebat Kini Selamat Jadi Tunang Nabil Mahir

Pelakon, Ayda Jebat telah selamat menjadi tunang kepada pengacara, Nabil Mahir dalam satu majlis yang diadakan secara atas talian.

Menerusi hantaran di Instagram, Nabil meluahkan rasa syukur atas majlis yang diadakan secara atas talian bersama kekasih hatinya, Ayda Jebat.

" Walaupun PKP cinta tidak terhenti, 
Kumpulkan ahli keluarga di depan kamera, 
Selesai sudah majlis meminang dan pertunangan online kami, 
Harap doa yang baik-baik dari semua."

Bergambar atas pelamin pun edit je
Dalam muat naik Nabil juga, dia memaklumkan bahawa sudah bertunang dengan Ayda menerusi Online dan gambar yang dimuat naik adalah secara suntingan sahaja.

Cantik mengenakan pakaian merah jambu sedondon, gambar mereka terihat seperti berada dalam satu momen yang sama walaupun sebenarnya berada di lokasi berbeza.

Sumber : Ayda Jebat, Nabil Mahir