Kita Sedang Berjuang Dan Kita Masih Belum Menang – Dr Noor Hisham - Keli Merah
 ”Apa yang penting kita sedang berjuang memerangi Covid-19 dan kita masih belum menang,” demikian kata-kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu sidang media sebentar tadi. (Rujuk minit video 27:12)

Menurut Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat tanda-tanda kejayaan penurunan kes jangkitan melalui perlaksanaan fasa pertama dan kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Antara dua tindakan yang menyumbang kepada penurunan kes adalah berpunca daripada kawalan sempadan dan kawalan pergerakan.

”Apa yang penting adalah tindakan kita selama ini. Kita telah dapat tanda-tanda kejayaan menurunkan kes dan antara tindakan kita yang telah dilaksanakan pada fasa pertama dan kedua yang  ialah kawalan sempadan.

”Yang kedua ialah kawalan pergerakan, larangan perhimpunan dan juga amalan penjarakan,” kata beliau.

Oleh itu, Dr Noor Hisham menyarankan agar fasa ketiga harus diperketatkan dengan mengekalkan tindakan yang dilaksanakan pada fasa pertama dan kedua.

”Kalau kita lihat semula semua tindakan kita seharusnya diperketatkan untuk fasa ketiga.

”Dari segi perancangan untuk membuka ataupun menghadkan pergerakan, KKM mengesyorkan kita kekalkan tindakan yang kita laksanakan pada fasa pertama dan kedua,” jelas beliau.

Sumber: Sidang Media Perkembangan Terkini Covid-19 – KKM

Kita Sedang Berjuang Dan Kita Masih Belum Menang – Dr Noor Hisham

Load Comments

Notifications

Disqus Logo