eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Korban COVID-19, ‘Posting’ Terakhir Buat Tunang Undang Sebak

Seorang doktor muda yang di Indonesia dilaporkan telah meninggal dunia akibat wabak Covid-19.

Apa yang lebih menyedihkan, Michael Robert Marampe dikatakan sedang dalam persiapan untuk majlis perkahwinan dengan tunangnya, Tri Novia Septiani .

Seminggu sebelum disahkan meninggal dunia, mendiang telah memuatnaik sebuah video di Instagram di mana mendiang menjelaskan bahawa dia ialah salah seorang mangsa COVID-19 di Indonesia.




Melalui video itu juga, dia mengingatkan para pekerja kesihatan yang berada di barisan hadapan agar sentiasa mengutamakan keselamatan mereka di tempat kerja dengan memakai alat pelindung diri yang betul.

“Sentiasa bersemangat doktor, jururawat, dan semua pasukan yang mengambil bahagian dalam memerangi COVID-19,” kata Michael.

Pada hari yang sama juga, Michael memuatnaik gambar bersama tunangnya yang sentiasa menyokong Michael sepanjang 8 tahun bersama.




 ”Terima kasih kepada tunang saya, Tri Novia Septiani. Awak adalah hadiah terindah dalam hidup saya. Saya selalu mencintai awak,” katanya.

Perkongsian tersebut menjadi perkongsian Michael yang terakhir di akaun Instagram miliknya.

Sumber: The Jakarta Post, Michael Robert Marampe