eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Korea Selatan Sahkan Tiada Kes COVID-19 Jangkitan Domestik Baharu


Korea Selatan hari ini (30 April) buat pertama kali tidak mencatat sebarang jangkitan domestik baharu COVID-19 sejak negara berkenaan teruk dilanda pandemik COVID-19 pada 29 Februari yang lalu.

Perkara berkenaan telah disahkan oleh Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC). KCDC melaporkan empat jangkitan baharu semua kes yang diimport, menjadikan jumlah dicatatkan menjadi 10,765. Angka kematian meningkat satu hingga 247 orang, manakala seramai 9,059 sudah dibenarkan keluar hospital




Ahad lalu, gereja terbesar di Korea Selatan sudah kembali dibuka kepada umum untuk tujuan keagamaan tetapi dengan langkah keselamatan ketat yang perlu dipatuhi.

Februari lalu, kes COVID-19 meningkat secara mendadak di Korea Selatan sehingga pada satu ketika, bilangan kes COVID-19 di Korea Selatan adalah yang paling buruk di dunia. Namun, langkah pantas kerajaan Korea Selatan membuat saringan secara besar-besaran serta polisi social distancing kini sudah membuahkan hasil.

Korea Selatan akan meneruskan polisi social distancing sehingga 5 Mei tetapi telah memberi kelonggaran untuk tempat beribadat.