eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Kucing Hitam Dibunuh Dan Dijadikan Pes Untuk Ubati Coronavirus



Kucing hitam dipercayai dibunuh dan dimakan di Vietnam selepas berita palsu mendakwa merebus haiwan itu dapat mengubati jangkitan Covid-19.

Badan amal ‘No To Dog Meat’ berkata, kucing direbus, disiat kulit dan dimasak sehingga menjadi pes sebelum dimakan.

Menurut laporan, ‘aktiviti’ itu dilakukan ditengah ibu kota Hanoi, namun ia turut dijual secara atas talian.

Gambar dan video tular menunjukkan cecair berwarna hitam dijual dan dinikmati warga tempatan.

“Tiada bukti mengesahkan cairan itu mampu mengubati Coronavirus. ‘Rawatan’ ini dilihat kejam,” kata Julia de Cadenet, pengasas badan kebajikan tersebut.

“Pandemik ini bukan alasan untuk menjadikan haiwan tak berdosa sebagai ‘pelindung,” katanya lagi.

Seorang penjual di Cambodia mengakui, daging anjing sangat baik dan boleh merawat penyakit berjangkit seperti COVID-19.

“Penyembuhan” berasaskan kucing dibuat dengan mengisar daging haiwan yang dimasak menjadi pes, yang kemudian diambil oleh mereka yang disahkan positif wabak itu dan juga mereka yang berusaha untuk tidak dijangkiti.

Gambar dan video rakaman yang mengerikan itu muncul selepas para penyelidik mendapati krisis coronavirus telah mencetuskan lonjakan penjualan daging anjing dan kucing melalui aplikasi penghantaran makanan di Vietnam dan Kemboja.

Walaupun negara-negara lain cuba mengurangkan penjualan dan penggunaan haiwan hidup, para doktor di rantau ini mendorong ramai orang untuk memakan daging anjing dan kucing. Mereka menyatakan khasiatnya dapat membantu melawan virus tersebut.

Pes kucing hitam

Menurut pengasas pertubuhan kebajikan No To Dog Meat, Julia de Cadenet, masyarakat di seluruh dunia dalam kebimbangan dan ketakutan memerangi COVID-19. Tetapi ini tidak memaafkan kekejaman mengerikan yang ditimbulkan oleh orang Vietnam terhadap kucing-kucing yang malang ini.


Sumber:  The Sun UK