eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Kucing Peliharaan Muncul Ketika Tuannya ‘Live’ Berita Cuaca

Sejak beberapa negara dilanda penularan wabak pandemik Covid-19 ramai yang diminta untuk bekerja dari rumah jika pekerjaannya sesuai untuk dilakukan dari kediaman masing-masing. Malah dengan adanya teknologi terkini semua tugasan yang boleh dibuat dari rumah ini berjaya diselesaikan.

Satu video yang memaparkan penyampai cuaca yang sedang bersiaran langsung dari rumah tular. Rakaman siaran langsung itu menjadi perhatian ramai apabila penyampai cuaca itu menerima tetamu tidak diundang.

Tetamu yang tiba-tiba muncul dalam siaran langsungnya itu adalah seekor kucing comel peliharaannya. Kucing yang diberikan nama Betty tersebut muncul dalam siaran langsungnya hanya kerana mahukan perhatian.

Penyampai cuaca siaran 14 News, Jeff Lyons kemudiannya mengangkat Betty dan mendukung kucing itu sambil menyambung membaca kajian cuaca. Disebabkan kejadian itu video mereka menjadi tular dan meraih ribuan shares di sosial media.




Jeff dan pasukannya berhasrat untuk memberi ganjaran kepada Betty kerana kucing ini video mereka tular. Ganjaran yang dapat difikirkan khas tersebut adalah penghormatan tertinggi yang mereka berikan di jabatan cuaca iaitu grafik kucing itu dan akan diberi nama ‘Betty the weather cat’.