eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Mask Dari Baju Dalam Wanita Habis Dijual

Pada 7 April, Jepun mengisytiharkan darurat di tujuh wilayah, termasuk ibu kotanya, Tokyo. Orang ramai berebut dan berpusu-pusu membeli topeng hidung dan mulut sehingga menyebabkan kekurangan bekalan untuk alat  pelindung paling penting itu.

Satu-satunya cara untuk mendapatkannya adalah dengan beratur di kedai sebaik sahaja penghantaran masuk, atau membeli pada harga yang tidak masuk akal.

Atsumi Fashion, sebuah syarikat fesyen yang berpusat di kota Himi, Jepun, cuba mencari jalan penyelesaian bagi masalah itu dengan menghasilkan topeng muka dari kain yang mereka ada.

Oleh kerana syarikat mereka menghasilkan pakaian dalam, Atsumi memutuskan untuk membuat penutup hidung dan mulut daripada baju dalam wanita.







Syarikat itu pada mulanya menghasilkan topeng dari bra itu sebagai gurauan, tetapi ramai warga Jepun yang menyukai idea tersebut sehingga syarikat itu akhirnya bercadang untuk mula membuat lebih banyak reka bentuk dan memasarkan produk mereka.





Mula dijual pada 18 April, harga satu mask adalah 1,490 Yen (RM60.79). Memikirkan bahawa mungkin hanya sebilangan pengguna media sosial yang berminat dengan produk itu, Atsumi hanya menghasilkan 50 unit mask tersebut.

Tetapi jangkaan mereka salah apabila semua mask baju dalam tersebut habis dijual dalam sekelip mata. Syarikat itu mengumumkan di akaun Twitter mereka minggu lepas bahawa mereka sudah mula menghasilkan lebih banyak topeng untuk memenuhi permintaan ramai.

Sumber: Mashable