eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Mayat Pesakit Covid-19 “Terpaksa Letak Di Ruang Kosong,” Diletak Bertindih Satu Sama Lain

Dua keping gambar yang mengejutkan memperlihatkan mayat pesakit yang meninggal kerana Covid-19 ‘ditimbun’ di sebuah bilik kosong di hospital.

Gambar-gambar yang dirakam oleh petugas di dalam bilik kecemasan itu berlaku di Hospital Sinai-Grace, Detroit dan dikongsikan kepada agensi berita CNN.

Menerusi gambar itu, dapat dilihat dua mayat dibungkus dalam beg putih dan dibaringkan saling menyebelah di atas katil serta seorang lagi mayat ‘didudukkan’ diatas kerusi.

Gambar lain juga didakwa menunjukkan beberapa beg mayat disusun di atas lantai yang dipercayai merupakan unit simpanan peti sejuk mudah alih yang diletakkan di luar hospital.


Dua lagi petugas di bilik kecemasan hospital tersebut mengesahkan kepada CNN bahawa kesemua gambar tersebut merupakan gambaran sebenar yang berlaku di hospital Sinai-Grace.

Petugas-petugas di hospital itu terpaksa menghadapi shift yang sangat sibuk untuk merawat pesakit seramai 130 orang pesakit Covid-19 dalam satu-satu masa.

Petugas yang bercakap kepada wartawan CNN memberitahu bahawa gambar pertama yang diambil merupakan bilik yang biasanya digunakan untuk mengkaji tabiat tidur tetapi kini digunakan sementara waktu untuk menyimpan mayat yang telah melebihi kapasiti.

“Apa yang saya tahu adalah kami kekurangan katil untuk menjaga pesakit sehingga mayat-mayat tersebut terpaksa diletakkan di ruang-ruang yang kosong,” katanya.

Sumber: Daily Mail