Pelakon Suara Bapa Shin Chan Meninggal Dunia - Keli Merah

Di Jepun, pelakon-pelakon suara menjadi tulang belakang industri hiburan negara itu yang dikuasai oleh siri dan filem animasi serta permainan video.

Oleh itu berita-berita sedih mengenai pelakon-pelakon ini semestinya akan menjadi satu topik yang trending di media-media sosial.

Itulah yang dapat dilihat di Twitter semalam apabila pelakon suara terkenal, Keiji Fujiwara telah dilaporkan meninggal dunia pada usia 55 tahun akibat kanser.

Pemergian Fujiwara meninggalkan kesan yang mendalam terhadap peminat-peminat anime dan permainan video memandangkan pelakon itu membawa watak-watak ikonik dalam banyak siri-siri popular.

Antaranya termasuklah watak bapa Shinchan, Hiroshi Nohara dari siri animasi kanak-kanak, Crayon Shinchan yang cukup terkenal di seluruh dunia.

Selain itu, Fujiwara juga memainkan suara bagi watak Reno dari permainan video popular, Final Fantasy VII Remake yang baru beberapa hari dikeluarkan. Ia merupakan watak terakhir yang dimainkannya sebelum meninggal dunia.

Fujiwara juga melakonkan watak Maes Hughes dalam Fullmetal Alchemist Brotherhood, Leorio dalam Hunter x Hunter, dan Hattori Zenzo dalam Gintama. Dia turut menyuarakan watak Tony Stark dalam Avengers dan Iron Man untuk versi alih bahasa Jepun.Ramai yang memberikan penghormatan terakhir kepada Fujiwara, di samping memikirkan kesukaran untuk menerima pelakon pengganti yang akan memainkan peranannya bagi siri-siri yang masih bersiaran.

Sumber: Twitter 

Pelakon Suara Bapa Shin Chan Meninggal Dunia

Load Comments

Notifications

Disqus Logo