eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Pemergian Dicemburui, Hajat Pemuda Bantu Madrasah Tak Kesampaian, Terlebih Dahulu Dijemput Ilahi

Hajat untuk seorang pemuda 29 tahun untuk membantu sebuah madrasah tidak kesampaian. Allah lebih menyayanginya dengan menjemput beliau pada usia muda atas asbab penyakit buah pinggang kronik.

Kisah beliau telah dicoretkan di Facebook Skuad Pengurusan Jenazah sebagai inspirasi buat semua.


“Seawal pagi saya telah pergi ke Masjid Ukay Perdana untuk menziarahi jenazah Almarhum Jamal Arif Rosman sahabat saya yang telah kembali ke-Rahmatullah petang semalam.

Saya sempat solatkan jenazah dan bertemu ibu dan ayah arwah untuk mengucapkan salam takziah kepada keluarga mereka.

“Ini ke ustaz yang ada madrasah tu?” Kata ibu arwah kepada saya.

“Ya makcik. Saya kenal arwah dari sekolah lagi.”

Niat nak bantu tak kesampaian
“Arwah pernah cerita pada makcik niatnya nak bantu menyumbang untuk madrasah ustaz. Tapi hajat dia tak sampai. Insya’Allah, nanti makcik usahakan untuk tunaikan hajat arwah.” Jelas ibunya dengan sebak.

“Tak apa makcik. Niat arwah pun dah dapat pahala, insya’Allah. Dia dah lama sakit. Sekarang masanya untuk berehat. Kita doakan arwah tenang di sana.” Pujuk saya pada ibunya.

Ayah arwah memaklumkan jenazah anaknya itu akan disolatkan pada jam 10:00 pagi kerana menunggu pusaranya siap digali.

Oleh kerana pagi ini kami ada tiga kes lagi untuk diuruskan, Saya terpaksa untuk solat jenazah lebih awal dan tidak sempat untuk menghadiri majlis pengebumiannya.

Semoga roh Almarhum Jamal Arif Rosman ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Aamiin.

Salam takziah buat ahli keluarga dan sahabat handainya.”

SPJ Malaysia Ke Arah Pengurusan Jenazah Patuh Syariah Profesional Antarabangsa

Akhukum fillah;
Ustaz Rafie Zainal – Undertaker
Skuad Pengurusan Jenazah – SPJ Malaysia
Majlis Usrah Nur Fattah

013-322 7937 (24 jam berkhidmat untuk ummah)

Takziah buat keluarga Allahyarham. Semoga Allah tempatkan Allahyarham Jamal Arif Rosman dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh serta memberi kekuatan buat ahli keluarga.

Sumber: Skuad Pengurusan Jenazah