eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Selepas 46 Tahun Menanti, Wanita 68 Tahun Lahir Bayi Kembar

Selepas tiga kali percubaan IVF gagal, seorang wanita Nigeria berusia 68 tahun dan suaminya yang berusia 74 tahun akhirnya memperoleh anak kembar yang sihat.

Margaret Adenuga menyambut sepasang kembar di Hospital Pengajaran Universiti Lagos, hampir dua minggu lalu.

Dilaporkan bahawa dia dan suaminya, Noah Adenuga, 77 tahun, cuba memiliki cahaya mata pertama setelah menikah pada tahun 1974 namun gagal. Mereka juga dikatakan telah menghabiskan wang simpanan untuk proses IVF tapi tidak berhasil.

Walau bagaimanapun, mereka tidak pernah berputus asa, dan tidak menyangka doa mereka dimakbulkan.

“Saya hanya mengimpikan, dan saya yakin impian kami akan terlaksana,” kata Noah Adenuga, seorang juruaudit saham yang sudah bersara, kepada media.

Bayi itu, merupakan kembar sepasang seorang lelaki dan perempuan, dilahirkan melalui C-section pada 37 minggu, pada 16 April, tetapi doktor hanya mengumumkannya minggu lalu.

Dr Adeyemi Okunowo, yang menyambut bayi berkenaan, mengatakan bahawa Margaret bernasib baik kerana melalui proses kelahiran tanpa masalah besar, tetapi memberi amaran bahawa pada bakal ibu yang berusia mereka harus mengetahui risikonya.

Menariknya, pada usia 68 tahun, Margaret Adenuga bukanlah wanita tertua pertama yang melahirkan. Gelaran itu diberikan kepada Mangayamma, yang tahun lalu melahirkan anaknya pada usia 74 tahun .