eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Selepas dikecam Teruk Netizen, Facebook Ustaz Abu Syafiq kini sudah lenyap

Selepas kenyataan Ustaz Abu Syafiq, yang dikatakan seolah-olah mempertikaikan perkongsian di Facebook ustaz Ebit Lew mengenai sumbangan dana keluarga daif di Kedah.

Sejak daripada isu tersebut mula viral, boleh dikatakan kebanyakkan komen di akaun Facebooknya, ustaz abu syafiq al-asy’ary, dihujani kecaman dan rasa tidak puas hati terhadap status sindiran yang ditulisnya.

Ada yang paksa deactivate FB

Akibat tiada siapa yang menyokong kenyataannya, malah menerusi status terkini di Facebook,  ustazAbu Syafiq mendakwa dia di paksa untuk menyahaktifkan akaun beliau.

Sokonglah Ebit Lew hampa

Malah terdapat juga balasan komen daripada ustaz Abu Syafiq yang berjaya diambil oleh netizen, memberikan gambaran dia tidak kisah laman Facebooknya dilaporkan oleh netizen.

Lesap dah Facebook?

Namun, berdasarkan hasil carian di Facebook, kini akaun ustaz Abu Syafiq sudah lenyap, ia berkemungkinan sudah dinyahaktif susulan daripada kecaman bertubi-tubi yang diterimanya

Sumber : Facebook