eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Sepupu Eira Syazira ‘runner’ McD,Pergi ketika hantar pesanan pelanggan

Demi memastikan pelanggan menerima tempahan makanan pada waktu yang ditetapkan, para penghantar makanan pastinya akan berusaha secepat mungkin untuk menghantar pesanan kepada pelanggan.

Sepupu kemalangan ketika bekerja

Namun, siapa sangka musibah menimpa tanpa dijangka. Hal ini samalah seperti yang terjadi kepada sepupu pelakon popular Eira Syazira yang meninggal dunia semasa dalam perjalanan menghantar pesanan makanan kepada pelanggan.

Meninggal dunia tengahari semalam

Dikenali sebagai Muhammad Fakrulrozi Fauzi, lelaki berusia 21 tahun itu dalam perjalanan menghantar pesanan makanan dari McD kepada pelanggannya. Namun terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan.

Abang kepada mangsa telah memaklumkan perkara tersebut di Facebook dan memberitahu bahawa adiknya telah meninggal dunia sekitar tengahari semalam iaitu sehari sebelum Ramadan.

Pesanan makanan bertabur atas jalan

Menerusi gambar yang dimuat naik di Facebook, jelas sekali makanan yang dipesan oleh pelanggan bertaburan di jalan dan mangsa yang sudah meninggal dunia ditutup menggunakan payung.