eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Seramai 1,449 Individu Telah Dituduh Di Mahkamah Sepanjang PKP Setakat Ini- Menteri Pertahanan

KIRA-kira 4,189 individu telah ditahan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismai Sabri Yaakob berkata, 1,449 daripadanya telah dituduh di mahkamah.

“Ada antaranya telah pun dijatuhkan hukuman, bukan setakat denda tapi juga berupa penjara.

“Ada kes di mana hukuman penjara telah dikenakan kepada mereka selama lapan bulan kerana bukan kesalahan ingkar semata-mata, tetapi dituruti oleh kesalahan-kesalahan lain seperti melawan pihak polis yang dianggap sebagai menganggu.

“Saya harap perkara-perkara seperti ini tidak dilakukan kerana akibatnya pada diri sendiri,” jelasnya dalam Sidang Media Khas PKP, di sini hari ini.

Sumber: RTM