eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

“Setakat ini sajalah saya berkhidmat secara langsung.Saya minta maaf ” -Ebit Lew




Walaupun ramai yang menyokong tindakan yang dilakukan Ustaz Ebit Lew dalam memberi pertolongan kepada insan-insan bernasib kurang baik, masih ada sebilangan kecil yang sengaja menyebar fitnah yang bukan-bukan.

Telah dihubungi Cawangan Khas Bukit Aman

Hal tersebut sehingga menyebabkan beliau diminta memberi keterangan kepada pihak polis di Bukit Aman berhubung isu viral itu.

“Saya minta maaf jadikan media sosial tempat kongsi kasih sayang”

Tambahnya lagi, beliau memaklum bahawa berasa sedih dengan apa yang sudah jadi. Sepanjang beliau melakukan sumbangan banyak wang persendirian yang dikeluarkan, namun tidak memaklumkan di media sosial.

Namun sejak kebelakangan ini beliau memuat naik gambar membantu golongan susah kerana ada pihak yang bersamanya menghulurkan bantuan.

“Tak perlu tag saya lagi kes orang susah”

Oleh sebab itu, Ustaz Ebit Lew yang nyata berasa penat dengan semua perkara tersebut mengambil keputusan dengan menyalurkan sumbangan melalui akaun bank sahaja atas saranan banyak pihak.

Jadi, sepanjang bulan Ramadan, beliau hanya akan memberi bantuan secara atas talian dirumah. Hal ini juga kerana ingin meluangkan lebih banyak masa dengan anak-anak serta isteri tercinta yang kerap ditinggalkan demi membantu orang susah.



Sedih kami baca nukilan ustaz
Diakhir luahannya itu, dia memohon maaf sekali lagi andai telah mengguris hati mana-mana pihak dan mengakui salahnya. Beliau turut berserah kepada Allah dengan apa yang berlaku sekarang.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet berasa hiba dengan apa yang terjadi keatas ustaz kesayangan semua. Mereka mendoakan agar Ustaz Ebit Lew tabah dan kuat menerima cemuhan orang.

Sumber:  Ebit Lew