eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Buletin TV3 Curi Tumpuan Lagi ,Rider Abai Peraturan Jalan Raya

Dalam musim penjarakan sosial yang kini telah dilanjutkan ke 12 Mei, orang ramai diarahkan untuk tidak keluar dan mengasingkan diri di rumah, dan hanya keluar atas sebab penting.

Selain itu rakyat Malaysia juga digalakkan untuk memesan makanan secara online menggunakan perkhidmatan penghantar makanan seperti Grab Food atau Food Panda.

Situasi itu membuatkan rider makanan yang bertugas sebagai salah seorang frontliner dalam menangani isu coronavirus di negara ini terpaksa merisikokan diri mereka untuk memenuhi permintaan dan menghantar pesanan kepada pelanggan.

Namun keadaan jalan raya yang lenggang mendorong segelintir rider untuk mengambil kesempatan tidak mengikuti peraturan jalan raya, sekali gus membahayakan nyawa mereka.

Isu tersebut dikupas oleh segmen dalam buletin TV3 baru-baru ini, di mana satu rakaman yang ditangkap melalui kamera dashboard seorang pemandu menunjukkan beberapa rider melanggar lampu isyarat jalan.

“Makin dahsyat troll dia. Lagu background tu yg penting…”



Namun apa yang lebih mencuri perhatian penonton adalah muzik latar yang digunakan dalam laporan berkenaan bertajuk Astronomia yang popular dengan meme Dancing Coffin.

Laporan bersahaja itu membuat rata-rata netizen terhibur dan mengundang pelbagai komen menarik.







Sumber: Twitter