eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Singapura Catat 596 Kes Baharu COVID-19, Majoriti Daripada Kluster Asrama Pekerja Asing

Singapura melaporkan sebanyak 596 kes COVID-19 baharu pada Ahad (hari ini), menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu sebanyak 6,588 setakat ini.

Menurut laporan agensi Channel News Asia, peningkatan kes tersebut melibatkan majoriti daripada kluster asrama pekerja.

25 daripadanya adalah warganegara Singapura (penduduk tetap), sementara sebilangan besarnya yang lain adalah pemegang permit pekerja yang tinggal sementara di asrama pekerja warga asing, kata Menteri Kesihatan dalam satu sidang media.

Maklumat selanjutnya mengenai kes dan sebarang info baharu akan dikongsikan menerusi kenyataan akhbar pada malam ini, kata menteri tersebut.

Sementara itu, Menteri Tenaga Kerja mengumumkan pada Sabtu bahawa semua pemegang permit kerja dan pemegang S Pass dalam sektor pembinaan akan diberikan notis mandatori duduk di rumah.

“Pengesanan kontak menunjukkan pergerakan (perhubungan) di tapak pembinaan mungkin menjadi faktor kadar jangkitan COVID-19 tersebut meningkat,” katanya.