eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Singapura Catat 942 Kes Baru COVID-19 Dalam Tempoh 24 Jam

Singapura mencatatkan sebanyak 942 kes baru positif COVID-19 setakat tengah hari tadi, lapor Channel News Asia.




Menurut portal berkenaan yang memetik laporan Menteri Kesihatan republik tersebut berkata, majoriti kes melibatkan individu yang memegang permit pekerja dan tinggal di asrama pekerja asing.

Daripada jumlah berkenaan, hanya 14 kes melibatkan merupakan warga Singapura dan penduduk tetap, dimana beliau menegaskan bahawa kes melibatkan rakyat tempatan menunjukkan penurunan.

”Kami masih mengumpulkan maklumat terperinci dan makluman terbaru akan diberitahu dalam sidang media malam ini,” kata kenyataan menteri itu lagi.

Sementara it, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong sedia maklum dengan perkembangan terbaru itu dan menjelaskan kebanykan kes adalah di peringkat sederhana.

”Pekerja asing yang masih belum sembuh menerima rawatan yang diperlukan. Mujurlah, kebanyakan kes adalah kes di peringkat sederhana kerana majoriti pesakit masih muda. Pasukan kesihatan akan terus memantau keadaan semua pesakit,” katanya.

Beliau turut menambah, walaupun pelbagai usaha telah diambil utuk memutuskan rantaian jangkitan, namun masih memerlukan masa untuk membuahkan hasil.

Setakat ini, sebanyak 13 asrama yang menempatkan pekerja warga asing telah dikuarantin, dimana semua penghuni tidak dibenar meninggakan bilik dalam tempoh 14 hari.

Menurut Worldometer, penambahan kes terbaru itu menjadikan jumlah keseluruhan kes adalah 5,922 kes. Jumlah berkenaan kini mengatasi Malaysia.


 Sumber: CNA