eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Singapura Catat Pertambahan 1,111 Kes Baharu Jangkitan Covid-19

Kementerian Kesihatan Singapura(MOH) dalam satu kenyataan sebentar tadi memaklumkan bahawa terdapat 1, 111 pertambahan kes jangkitan Covid-19 di negara itu setakat 12 tengah hari  tadi.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan di Facebook rasmi, majoriti yang dijangkiti adalah pemegang Permit Kerja yang tinggal di asrama pekerja asing. Manakala, 20 kes lagi adalah warga Singapura atau penduduk tetap.

“Kami masih sedang  meneliti perincian kes dan kemaskini lebih lanjut akan dikongsikan menerusi siaran akhbar MOH yang akan dikeluarkan malam ini,” kata MOH menerusi kenyataan itu.






Sumber: Ministry of Health, Singapore