eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Singapura Lapor COVID-19 Pertambahan 1,037 Kes, Jumlah Keseluruhan Melebihi 11,000

Kementerian Kesihatan Singapura melalui laman Facebook rasmi mereka mengesahkan dengan lebih awal bahawa terdapat 1,037 kes COVID-19 baru dilaporkan setakat jam 12pm, Khamis (23 April).

Menurut kementerian tersebut, sebahagian besar kes baru yang dilaporkan pada hari ini adalah merupakan pekerja asing yang tinggal di asrama pekerja asing.



Manakala 21 kes lagi membabitkan warga Singapura atau penduduk tetap.

Pertambahan kes baru itu menjadikan jumlah kumulatif keseluruhan kes yang dicatatkan di Singapura setakat ini meningkat melebih 11,000.


“Kami masih lagi meneliti perincian kesemua kes, segala perkembangan lanjut akan kami kongsikan melalui siaran media MOH yang akan dikeluarkan malam ini,” kata kementerian tersebut.



Sumber: Ministry of Health, Singapore