eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

The World of the Married, Drama Sebuah Keluarga Bahagia Hancur Gara-Gara Curang

 Untuk pengetahuan yang belum menonton, drama ini mengisahkan tentang pasangan suami isteri yang kehidupannya mulai hancur akibat pengkhianatan yang akhirnya menghadirkan perasaan benci.

Untuk pengetahuan yang belum menonton, drama ini mengisahkan tentang pasangan suami isteri yang kehidupannya mulai hancur akibat pengkhianatan yang akhirnya menghadirkan perasaan benci.

Drama ini merupakan lakonan hebat daripada pelakon Kim Hee Ae yang membawa watak sebagai Ji Sun Woo yang dilahirkan dari keluarga seorang doktor manakala watak suaminya dibawa oleh Park Hae Joon sebagai Lee Tae Oh. Mereka juga memiliki seorang anak lelaki dalam perkahwinan mereka.

Watak sebagai orang ketiga pula bernama Yeo Da Kyung dilakonkan oleh Han So Hee dan tidak disangkakan foto-fotonya sebelum ini juga pernah tular dilaman sosial gara-gara wataknya itu dimana ramai akui lakonannya sangat menjadi sehingga mencetuskan kemarahan ramai.

Meskipun geram kerana kisah curang namun lebih membuatkan drama ini semakin seronok untuk dilayan apabila watak Ji Sun Woo juga dikelilingi rakan-rakan yang berjaya menipu dan terbabit dalam kecurangan suaminya yang akhirnya terbongkar.

Bahkan, ramai akui sangat geram dengan watak dibawa oleh pelakon Chae Gook Hee sebagai Seol Myung Sook dimana dia merupakan seorang rakan karib Ji Sun Woo namun bertindak sebagai ‘mata-mata’ suaminya sehinggalah mereka bercerai.

Wataknya dalam drama The World of the Married yang digelar sebagai talam dua muka itu membuatkan ramai lebih geram kepada pelakon itu lebih dari watak yang lain.