eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

UPDATE TERKINI: 108 Pesakit COVID-19 Sembuh & Discaj, Jumlah Sembuh Paling Tinggi Setakat Ini

Sebanyak 108 kes positif jangkitan Covid-19 di negara ini dilaporkan telah sembuh dan dibenarkan keluar hospital.

Jumlah tersebut menjadi jumlah kes pulih tertinggi negara setakat Rabu (1 April 2020), menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu sidang media sebentar tadi.

Ianya sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya dan dibenarkan keluar hospital meningkat kepada 645 orang.