eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Ustaz jangan putus asa ,Bukan Muslim tunjuk sokongan terhadap Ebit

Laman Facebook semalam dipenuhi mengenai isu pendakwah terkenal, ustaz Ebit Lew yang mengambil keputusan ‘berehat’ daripada membantu golongan susah yang memerlukan bantuan.

Luahan sedih tersebut turut mengundang perhatian golongan bukan Muslim dimana mereka menunjukkan sokongan padu terhadap pendakwah berusia 36 tahun itu.


Rata-rata mempersoalkan mengapa niat baiknya menimbulkan rasa kurang senang beberapa pihak selain mengakui beliau mempunyai hati yang mulia dengan melakukan amal jariah sepanjang beberapa minggu lalu.



Saya percaya dengan tindakan ustaz


Terdapat juga segelintir netizen berterima kasih kepada beliau atas usaha dan penat lelah yang dilakukan serta memohon supaya tidak berputus asa bagi meneruskan aktiviti kebajikan ini.