eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

(Video) Polis Di India Denda Pesalah Langgar PKP ‘Guling’ Atas Jalan

Umum telah sedia maklum bahawa dunia kini sedang dibadai dengan wabak pandemik virus Covid-19. Susulan daripada itu, kebanyakan negara mengambil langkah pencegahan yang proaktif dengan mengadakan perintah kawalan pergerakan serta perintah berkurung untuk memutuskan rantaian jangkitan yang dibawa oleh virus ini.

Pelbagai cara telah digunakan oleh kerajaan untuk menghebahkan informasi berkenaan mengapa rakyat perlu mematuhinya. Walaupun hukuman yang ditetapkan kerajaan itu dengan jelasnya akan menyusahkan diri, namun masih terdapat segelintir daripada masyarakat yang terus berdegil memilih untuk mengingkari arahan yang dikeluarkan kerajaan.

Dalam satu video yang telah tular di media sosial ini, beberapa orang polis di India didakwa telah menggunakan cara yang agak unik untuk mendenda mereka yang masih berdegil untuk mematuhi arahan yang dikeluarkan kerajaan India.

Video tersebut memaparkan sekumpulan remaja yang dipaksa berguling di sebuah jalan oleh beberapa pegawai polis India selepas dipercayai melanggar perintah pergerakan.

Video yang berdurasi selama 59 saat itu setakat ini telah ditonton lebih seribu warganet di media sosial.


Sumber: Twitter