eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

(Video)TERKINI: KKM Sahkan 38 Kes Baharu Covid-19 Dan Tiada Kematian Terbaru

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 38 kes positif Covid-19 baharu dilaporkan hari ini.

Pertambahan 38 kes yang dilaporkan itu sekali gus menjadikan jumlah jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 5,780 kes.

Dimaklumkan juga, terdapat seramai 36 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 15 daripadanya kini memerlukan alat bantuan pernafasan.

Pun begitu, KKM dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa tiada kes kematian baharu dilaporkan hari ini. Berikutan dengan itu, jumlah keseluruhan kematian yang dicatatkan di Malaysia kekal sebanyak 98 kes.




Sumber: KKM