eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Kisah Di Sebalik Kehidupan Mimi Peri Buat Netizen Sebak


Mimi Peri adalah watak yang direka oleh seorang lelaki Indonesia bernama Ahmad Jaelani. Sebelum menjadi terkenal, Ahmad adalah seorang pekerja buruh kasar dan akan mengambil apa sahaja kerja untuk menampung kehidupannya.



Mempunyai seorang ibu yang sangat diagungkannya bernama Siti Purwati Muslimah, dikatakan hubungan rapatnya dengan ibu adalah apa yang memberikan lelaki berusia 32 tahun ini inspirasi untuk mencipta watak Mimi Peri selepas dia berhenti kerja.





Ibu Ahmad juga merupakan seorang bekas penari popular di Bali pada tahun 70an. Namun sejak kehilangan suami ketika usia anaknya 3 tahun, kehidupan mereka sekeluarga menjadi sangat susah.

Sebagai Mimi Peri, Ahmad Jaelani menghasilkan penampilan yang unik dan lucu untuk menghasilkan parodi watak-watak dan personaliti terkenal, sehingga dia meraih ribuan pengikut di Instagram.





Walau bagaimanapun Mimi mengakui pada mula kemunculannya ramai orang menggelarnya sebagai sampah masyarakat dan mengatakannya gila. Namun dia tidak berputus asa sehinggalah orang ramai dapat menerima wataknya itu.




Walaupun tidak lulus dalam akademik, kreativiti lelaki ini berjaya membawanya jauh setelah mendapat banyak tawaran endorsement di Instagram yang membantu dia memperbaiki ekonomi keluarga.

Sumber: Liputan 6, Twitter