eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Ustaz Ismail Kamus meninggal dunia

Facebook rasmi Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia mengesahkan bahawa Dato’ Ismail Kamus yang merupakan pengasas serta pengerusi pusat itu telah kembali ke rahmatullah. 

RAHMATULLAH

Tokoh pendakwah tanah air dan Pengasas Persatuan Perubtan Islam DarusSalam Malaysia, Tuan Guru Dato’ Ismail Kamus telah kembali ke rahmatullah Jam 12.30 pagi, 8 Mei 2020 di kediaman beliau di Ampang.

Semoga Allah SWT menempatkan beliau ditempat yang mulia di sisi Allah SWT ta’ala.

الفاتحة

Sumber Rasmi : Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia
8 Mei 2020 | 15 Ramadhan 1441

Beliau sebelum ini dikhabarkan mengalami keadaan kesihatan yang semakin merosot.

Menurut exco penerangan pusat rawatan tersebut sebelum ini, Abdul Hadi Jusoh, Dato’ Ismail Kamus telah dimasukkan ke wad unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Kuala Lumpur sejak 26 April lalu.