Terbaru satu video yang memaparkan sekumpulan remaja mengejutkan orang kampung bangun sahur tular di sosial media. Difahamkan kejadian dalam video itu berlaku di sebuah kampung di Acheh, Indonesia.
Menerusi video itu kelihatan sekumpulan remaja berkumpul di dalam masjid atau surau dan bersama-sama menggunakan pembesar suara mengejutkan orang kampung dengan cara kreatif mereka tersendiri. Berikut adalah video cara kreatif pemuda kejut bangun sahur yang meraih perhatian ramai selepas dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter:
Correct me if I'm wrong but sedapnyaaa cara dorang kejutkan sahur dekat Acheh 😍 pic.twitter.com/ubdpGuKuws— Captain Amerikhai #StayAtHome (@khaiartzfar) April 29, 2020
Video pendek berdurasi dua minit lebih itu telah meraih lebih 80 ribu tontonan dan 3,200 retweets serta 4,500 likes.
sumber:Khaiartzfar